Thursday, June 24, 2010

Karate Kid


Sumpah best , enjoy gila tengok karate kid . Sape yang tak tengok lagi , baik korang pergi tengok especially LILY NORLIYANA ! Aku tau kau tak tengok lagi , HAHA
"everything is kung fu"

Sunday, June 13, 2010

Bila Cinta


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkankanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah
Bayangmu
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Orang kata filem ini diubah 80% daripada cerita asal atau pun dengan lebih jelas lagi , the real story . Orang kata Lagenda Budak Setan The Series yang ditayangkan setiap hari selasa jam 10:00 malam di astro prima , mengikut cerita novel sebenar . Bagi aku kalau nak diikutkan Lagenda Budak Setan The Series memang tak best langsung , tak ada nafsu nak tengok . Mungkin sebab jalan ceritanya tak menarik and kurang menjiwai . So , I'm prefer the Film of Lagenda Budak Setan . 

Thursday, June 10, 2010

PANGKOR ISLAND BEACH RESORT

Okayy , kat sini aku nak cerite pasal pangkor island ni . Kiteorang telah menetap kat sane selame 3 hari 2 malam . Setelah dah bertahun2 tak pergi holiday , lastly pergi gak . Tak sangke plak dapat pergi lagi kan . Hoho . Maklumlah , masing2 dah besar . Jarang budak2 dah besar ni nak follow parents kan . Ikutkan aku malas gila nak pergi , tapi bile dah pergi , tak nak balik plak . HAHA . Okayy , kat sane memang best gilaa . Tak rugi pergi walaupun mahal lah jugak . Pemandangan yang cantik , menarik and tenang . Mostly yang pergi pangkor island ni orang2 cina and orang2 luar negare . Memang susah nak cari orang2 melayu kat sane sebab tempat tuh agak standard . 4 stars lah katekan . Makanan kat resort tuh sangat sedap , aku tak pernah miss time makan . Asyik lapar , lapar dan lapar . HAHA . Aku suke makan dessert sebab sedap gilaa . Nasi lemak pun ade , tapi time breakfast je . Okayy , resort tuh dibuat style inggeris . Yang menariknye , dalam resort ni ade banyak sangat peacock . Peacock2 dilepaskan berkeliaran . Cantik ! Aktiviti yang disediakan banyak , untuk childrens and adults tak same . Antarenye , snorkelling , jungle trekking , jetski , cycling , mini golf , beach volleyball , tennis court and so on . Tapi satu bende pun aku tak join sebab tak de membe , mahal plak . Swimming pool pun aku pandang je sebab tak bawak baju lebih . Berenang pun dalam bath room je . HAHA . Sangat2 sedih . Itu jelah . Tidur dulu , selamat malam .

Friday, June 4, 2010

Tentang Aku Dan Dia


Aku hanya manusia biasa . Aku tak pernah fikir aku ni pandai , aku ni baik , aku ni cantik . Cuma yang aku tau , aku ni selalu sakitkan hati orang sekeliling aku . Aku ego , keras kepala , degil and tak ade perasaan . Aku sedar semua tu bila aku masuk hostel . Aku antara pelajar yang bermasalah kat sekolah . Bila dalam kelas cikgu cakap aku pasif gilaa . Aku pon tak tau kenapa . Then , aku sentiasa berfikir , kenapakah aku berkelakuan sebegitu ? Aku tanya diri aku and sampai satu masa baru aku sedar . Aku bukan berlakon , cuma bila berhadapan dengan cikgu2 aku tak tau nak cakap macam mana and dalam masa yang sama aku sebenarnya menjaga hati cikgu2 tanpa aku sedar . Aku takut kelakuan aku , percakapan aku akan membuatkan cikgu2 terasa . Sebab tu la dalam kelas time ade cikgu , aku memilih untuk senyap kerana DIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA2 .
Thats all tonight , enjoy reading !

Thursday, June 3, 2010

Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Setan . Best gila lah , tak tipu . Memang aku tertunggu2 nak tengok cerite ni . Akhirnya , dapat gak aku tengok walaupun tanpa teman2 . Cukuplah sekadar tengok dengan kembar sendiri , tuh pun aku rase sedih gila . Menangis lah jugak . HAHA . Permulaan cerita ni kelakar , then romantik and berakhir dengan kesedihan . Cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang anti perempuan and dalam masa yang sama digelar budak setan . Then , sehinggalah satu masa dye bertemu dengan perempuan yang telah mengubah prinsip and cara pemikiran dye . Bermulalah kisah cinta antara mereka . Setelah banyak penderitaan yang dialami , akhirnya mereka kembali bersama . MENARIKKAN ? Nak tau lebih lanjut , tontonlah sendiri . Tak rugi tengok , confirm best gila (: HAHA
"Kerana Ketidaksempurnaan Itu Kebahagiaan Baginya"

Tuesday, June 1, 2010

Persahabatan

Kawan . Aku terlalu rindukan kawan2 kusiss aku . Teringat zaman persekolahan . Zaman yang penuh suka dan duka . Memang best , tak tipu . Hampir semua kawan2 aku da pergi melanjutkan pelajaran . Dulu , kita makan sama2 , pergi prep sama2 , bergossip , tidur sama2 , segalanya kita lakukan bersama . Sekarang ? sekarang kita da berpisah . Entah bila kita akan berjumpa lagi . Aku nak berterima kasih kat korang semua , walaupon dulu aku hampir kena buang sekolah tapi korang still sokong aku . TERIMA KASIH KAWAN (: Terima kasih atas persahabatan ini . Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku . Sungguh aku rindukan korang . Aku harap , korang semua akan berjaya kat luar sana . Doa aku sentiasa mengiringi korang . Aku hargai persahabatan kita selama 5 tahun and aku harap persahabatan kita kekal selamanya . Mungkin dulu aku ego , aku tak pernah cakap , tapi sekarang aku nak bagitau yang AKU SAYANG KORANG !
Madah bicara buatmu teman ,
"Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman , ingatlah aku selagi kau mampu , jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah terbina , ukirlah secebis 'tentang aku' dihatimu , agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa diriku .."