Friday, June 4, 2010

Tentang Aku Dan Dia


Aku hanya manusia biasa . Aku tak pernah fikir aku ni pandai , aku ni baik , aku ni cantik . Cuma yang aku tau , aku ni selalu sakitkan hati orang sekeliling aku . Aku ego , keras kepala , degil and tak ade perasaan . Aku sedar semua tu bila aku masuk hostel . Aku antara pelajar yang bermasalah kat sekolah . Bila dalam kelas cikgu cakap aku pasif gilaa . Aku pon tak tau kenapa . Then , aku sentiasa berfikir , kenapakah aku berkelakuan sebegitu ? Aku tanya diri aku and sampai satu masa baru aku sedar . Aku bukan berlakon , cuma bila berhadapan dengan cikgu2 aku tak tau nak cakap macam mana and dalam masa yang sama aku sebenarnya menjaga hati cikgu2 tanpa aku sedar . Aku takut kelakuan aku , percakapan aku akan membuatkan cikgu2 terasa . Sebab tu la dalam kelas time ade cikgu , aku memilih untuk senyap kerana DIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA2 .
Thats all tonight , enjoy reading !

Thursday, June 3, 2010

Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Setan . Best gila lah , tak tipu . Memang aku tertunggu2 nak tengok cerite ni . Akhirnya , dapat gak aku tengok walaupun tanpa teman2 . Cukuplah sekadar tengok dengan kembar sendiri , tuh pun aku rase sedih gila . Menangis lah jugak . HAHA . Permulaan cerita ni kelakar , then romantik and berakhir dengan kesedihan . Cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang anti perempuan and dalam masa yang sama digelar budak setan . Then , sehinggalah satu masa dye bertemu dengan perempuan yang telah mengubah prinsip and cara pemikiran dye . Bermulalah kisah cinta antara mereka . Setelah banyak penderitaan yang dialami , akhirnya mereka kembali bersama . MENARIKKAN ? Nak tau lebih lanjut , tontonlah sendiri . Tak rugi tengok , confirm best gila (: HAHA
"Kerana Ketidaksempurnaan Itu Kebahagiaan Baginya"

Tuesday, June 1, 2010

Persahabatan

Kawan . Aku terlalu rindukan kawan2 kusiss aku . Teringat zaman persekolahan . Zaman yang penuh suka dan duka . Memang best , tak tipu . Hampir semua kawan2 aku da pergi melanjutkan pelajaran . Dulu , kita makan sama2 , pergi prep sama2 , bergossip , tidur sama2 , segalanya kita lakukan bersama . Sekarang ? sekarang kita da berpisah . Entah bila kita akan berjumpa lagi . Aku nak berterima kasih kat korang semua , walaupon dulu aku hampir kena buang sekolah tapi korang still sokong aku . TERIMA KASIH KAWAN (: Terima kasih atas persahabatan ini . Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku . Sungguh aku rindukan korang . Aku harap , korang semua akan berjaya kat luar sana . Doa aku sentiasa mengiringi korang . Aku hargai persahabatan kita selama 5 tahun and aku harap persahabatan kita kekal selamanya . Mungkin dulu aku ego , aku tak pernah cakap , tapi sekarang aku nak bagitau yang AKU SAYANG KORANG !
Madah bicara buatmu teman ,
"Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman , ingatlah aku selagi kau mampu , jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah terbina , ukirlah secebis 'tentang aku' dihatimu , agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa diriku .."

Monday, May 31, 2010

Something New



Hari ni first day aku buat blog . So , aku baru nak belajar something yang baru . Sebenarnya blog ni dikongsi 2 orang , HAHA . Sebab tu la tittle blog ni DUA CERITA SATU JIWA . Aku harap korang semua sudi la baca blog aku ni , walaupon hakikatnya bosan bagi korang . Banyak benda nak dikongsi sebenarnya , tapi aku rasa belum tibe masanya untuk aku curahkan rahsia hati . So , rajin2 lah baca blog aku and partner aku supaya korang dapat membongkar isi hati penulis blog ni (: